Servis Website Design & Development – Update Ogos, September, Oktober 2020

Affiq Fadzil

Affiq Fadzil

Affiq Fadzil

Affiq Fadzil

Selepas sekian lama tak update portfolio. Lama sangat dok tangguh, jom tengok 5 latest works yang dah di handover ke client (tak termasuk yg semalam dan harini, saya simpan untuk update esok atau hujung minggu ni, hehehe)

1. Salespage /Landing page + Simple Ecommerce losyen pembakar lemak & ibu berpantang Effenzee Lotion.

Web jenis ini sesuai untuk menjual 1 jenis produk.. boleh juga up to 3 produk buat sebagai pakej. Bila visitor klik untuk dapatkan produk, akan terus ke checkout, dan skip add to cart bertujuan untuk kurangkan gangguan flow pembelian visitor, so dalam masa yang sama conversion berpotensi dapat lebih.

Trend sekarang, ramai client suka tempah website jenis ni, straight menjual dan linkkan dengan ecommerce, payment dalam web ini client gunakan Billplz (bayaran online) dan COD – cash on delivery..

Macam biasa FB Pixel akan ditanam supaya boleh capture pixel audiences yang datang dari FB Ads / FB untuk buat retargeting. Google Analytics sudah semestinya. Juga Google site tag & remarketing tag pun ditanam sebab client ini nak buat Google Ads.

Alhamdulillah, client Raudah Trading berpuas hati dan sekarang dalam proses memasang sistem agen untuk tingkatkan lagi potensi sales losyen mereka plus ada juga projek baru long term dalam pembikinan. Lihat website Effenzee Lotion di sini.

2. Salespage / Landing page stokin berubat, Stokin Bio Nano keluaran Sejagat Global.

Sedikit berlainan dengan konsep salespage yang pertama tadi, yang ini bila visitor klik nak dapatkan akan redirect mereka ke add to cart direct checkout di website main Sejagat Global, kerana mereka nak centralize semua sales produk mereka. Lihat website Stokin Bio Nano keluaran Sejagat Global di sini.

Perkembangan terbaru, salah seorang team saya tengah handle next website salespage Sejagat untuk produk terbaru mereka. Almost settle dan ready untuk client review esok lusa, In sha Allah.

3. Website Corporate + Ecommerce untuk jenama minuman Bumiputera, E-Man keluaran syarikat SQG Usahawan.

Banyak kisah sewaktu buat projek ini. Banyak pengalaman baru dan ilmu baru saya belajar.. Ini website pertama yang saya buat menggabungkan corporate dan ecommerce, juga yang pertamanya saya buat dwibahasa, English-B.Melayu.

Juga website pertama yang saya buat product by group, product yang ada custom condition/rule contohnya hanya boleh proceed bila cart hanya mempunyai product category A, dengan kuantiti B dna tidak boleh lebih kuantiti C, huhu.. dan custom shipping yang saya hampir give up pikirkan cara nak achieve shipping fees dan condition cart yang dikehendaki.

Alhamdulillah berjaya jugak achieve + sedikit flexibility. Anda boleh lihat website E-Man di sini.

4. Website Company + Blog + Ecommerce untuk company G Suite Reseller Malaysia – Matrix Connexion.

Apa yang paling saya ingat ialah, ini kali pertama saya virtual meeting dalam full English.. macam nak tergeliat lidah. Sampaikan client bagi keizinan untuk saya bertutur dalam B.Melayu sebab nampak macam tak selesa, hahaha.

Ini project pertama yang client request untuk pindahkan website dari platform Wix ke platform WordPress. Bukan sahaja pindah, kami juga buat design sekali based on CI yang diberikan oleh Matrixc.

Website Matrixc juga mempunyai calendar events yang dianjurkan oleh Google. Tarikh event boleh disave & sync dengan calendar visitor. So visitor website mudah untuk tahu list events, dan save the date untuk mereka join events samada secara bersemuka atau virtual.

Lihat sendiri website Matrix Connexion di sini.

5. Website Workshop + Blog + Booking untuk bengkel cat kenderaan HR Prestige Auto Paint.

Tujuan utama website adalah untuk memudahkan pelanggan booking slot untuk cat kenderaan melalui sistem booking.

Selain itu client meminta supaya saya & team sediakan page ‘Career’ bersama dengan application form kerana ada opening untuk vacant position / kerja kosong. Client juga suka untuk kongsi servis, hasil kerja mereka, dan content tentang penjagaan kereta, serta lain-lain yang berkaitan.

Anda boleh lihat website HR Prestige di sini.

All in all, terima kasih kepada semua client kerana berikan kepercayaan kepada saya & team untuk develop, dan design website anda.

Boleh lihat portfolio saya di sini dan jangan segan silu untuk hubungi / whatsapp saya di 0195088302 jika anda perlu khidmat nasihat dan nak menggunakan servis saya untuk design website. ๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜ƒ

Jumpa lagi dalam post yang seterusnya.

Tentang Penulis:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Perlukan Servis Design Website Yang Profesional, Cantik & Responsif Pada Harga Berpatutan?

Perlukan Servis Design Website Yang Profesional, Cantik & Responsif Pada Harga Berpatutan?

Peluang Bisnes

Jana Pendapatan Pasif Seumur Hidup!

Dapatkan BONUS / FREE GIFT Special Dari Saya, Pastikan Daftar Melalui "Affiq Fadzil"

Hosting Terpantas & Support 24/7

Dapatkan Diskaun 50% Untuk Bulan Pertama, Masukkan Coupon Code: WPX-AFFIQ-ROCKS