Kepentingan Facebook Pixel Untuk Tingkatkan Jualan Online

“Macam mana nak buat iklan di Facebook?”

“Susahnya nak iklankan produk di FB ni…”

“Mahalnya kos ads!”

Aduh, pening kepala! Anda ada masalah macam ini apabila buat iklan di Facebook? Ketahuilah bahawa anda tidak keseorangan. Sebenarnya, nak buat iklan di Facebook agak rumit kalau kita tak tahu cara yang betul.

Iyalah, jika tersalah setting kos iklan akan jadi lebih mahal.

Jadi, kita sebagai orang bisnes kena tahu macam mana nak jimatkan duit semasa buat iklan. Tapi, dalam masa yang sama sales laju je masuk.

Sebenarnya, ruangan iklan berbayar yang Facebook sediakan itu platform yang bagus. Sangat powerful dan berkesan.

Kalau anda nak sales masuk tanpa henti, memang anda perlu guna platform ini. Namun, apa yang membuatkan benda ini kelihatan sukar ialah facebook pixel.

Kenapa kena guna Facebook pixel?

Pixel ini benda common dan wajib ada apabila nak buat iklan di Internet. Macam senjata yang digunakan untuk mengesan visitors website anda.

Bagaimana pixel mengesan visitor?

Pixel akan mengarah cookie supaya kumpulkan data-data pengguna. Antara data yang dikumpul adalah:

1- Info login seperti username dan password.

2- Bahasa yang dipilih semasa melayari website.

3- Carian di enjin browser sama ada di Google, Mozilla Firefox dan lain-lain yang dibuat oleh pengguna.

Maklumat seperti ini amat penting untuk pengiklanan supaya target audien kita tak salah.

“Kita nak iklan kita sampai pada orang yang betul”

Apa itu Facebook Pixel?

Facebook Pixel ialah alat untuk menganalisis maklumat dan mengukur keberkesanan Facebook Ads yang kita buat. Ia juga akan pantau dan kumpul maklumat visitors website anda.

Facebook Pixel mengesan dan mengumpul segala tindakan visitor seperti berikut:

Page view – Pelawat telah melihat halaman
Add to cart – Pelawat masukkan barang kedalam ‘bakul shopping’
Purchase – Pembelian yang visitor telah buat
Scroll depth – Sejauh mana visitor scroll website anda? Adakah dia baca sampai habis? Atau baca tajuk je?
Time on Page – Berapa lama visitor menggunakan website anda? Lapan saat atau tiga minit?

Jika anda rasa iklan yang dibuat selama ini tak sampai pada audien yang disasarkan, atau susah nak close sale, anda kena guna pixel ini. Pixel akan improve Facebook retargetting dan akan remarket kepada visitor yang pernah melawat website anda.

Saya nak bagi contoh situasi “remarket kepada visitor.”

Puan Nor pernah melawat website produk Z. Dia nampak seperti berminat untuk membeli produk itu kerana dah melayari website produk Z dalam tempoh yang agak lama, iaitu 18 minit. Tetapi, dia tidak membuat apa-apa pembelian.

Hanya add to cart barang yang diidamkan. Dan dia tak kembali melawat website tersebut walaupun 5 hari dah berlalu.
Maka, pixel berfungsi untuk mengingatkan Puan Nor supaya tak lupa membuat pembelian itu.

Bagaimana pixel ingatkan Puan Nor? Caranya, hanya dengan munculkan kembali iklan itu pada masa lain ketika dia melayari Facebook.

Bagaimana Facebook Pixel Berfungsi?

Pada tahun 2015, Facebook cuba untuk mudahkan penggunaan pixel ini dengan menggantikan sistem pixel lama yang agak rumit.

Kemudian, ia diubah lagi pada 2017 supaya lebih mesra pengguna dan efektif. Facebook juga menambah lebih banyak fungsi tracking seperti butang click activity dan page metadata.

6 cara Facebook Pixel bekerja:

  1. Install pixel. Tugasnya mencipta kod rahsia untuk diletakkan di website anda.
  2. Kumpul insight. Antara maklumat yang dikumpul adalah:
  3.  Dari mana trafik ini datang?
  4.  Visitor mengakses website ini guna device apa? Henfon atau komputer?
  5.  Di mana lokasi visitor?
  6. Kaji kelakuan dan aktiviti visitor. Melihat dan mengkaji bagaimana visitor bertindak semasa melayari website anda.
  7. Visitor klik gambar A, B dan C
  8. Visitor baca maklumat produk A dan B sahaja
  9. Visitor add to cart produk A sahaja
  1. Bina audien. Menggunakan data yang dikumpul oleh pixel tadi untuk mencipta Facebook Custom Audience, look alike audien dan specific audien.
  2. Iklankan produk anda secara optimum. Perlu ada strategi yang bagus untuk tarik audien supaya mereka klik iklan anda. Contoh terbaik yang anda boleh cuba, berikan diskaun sebanyak 50% sempena hari lahir founder.
  3. Analisis keputusan. Melalui analisis yang dibuat oleh pixel, anda boleh kenal pasti strategi terbaik Facebook Ads untuk diaplikasikan dalam bisnes.

Cara Menggunakan Facebook Pixel.

Facebook Pixel mempunyai 5 teknik asas yang boleh bantu untuk meletopkan bisnes anda:

  1. Custom audien daripada website
  2. Custom conversion
  3. Standard and custom events
  4. Dynamic ads
  5. Conversion optimization

**Saya akan ulas 2 point sahaja kerana subtopik ini memerlukan perbincangan yang khusus di lain masa.

Custom Audien Daripada Website

Ini merupakan cara pertama bagaimana Facebook mudahkan anda untuk retarget visitor yang pernah melawat website anda. Jika Facebook Pixel dimuat turun, ia boleh mengesan segala aktiviti visitor tadi, dengan syarat akaun Facebook visitor mestilah online dalam masa serentak.

Apa yang pixel track?

  • Laman yang dilawat oleh visitors
  • Laman yang tidak dilawat oleh visitors
  • Masa dan waktu yang dilawat oleh visitors
  • Scroll depth
  • Jumlah masa yang diambil untuk baca laman tersebut

Dengan data-data ini, memang senang apabila nak buat iklan kepada targeted audien dan lookalike audien.

Semasa run ads di Facebook, anda tak diberi pilihan untuk memilih mana-mana visitors secara spesifik. Tapi, Facebook akan bantu paparkan iklan bisnes anda kepada kumpulan manusia yang mempunyai behavior serupa.

Baik, saya bagi contoh kumpulan yang ada behavior sama:

Audien yang lawat website anda 24 jam lepas.
Audien yang lawat website anda 180 hari lepas tetapi tidak kembali ke website anda dalam masa 30 hari.
Audien yang melawat specific landing page di website anda (landing page —> website yang direka khusus untuk marketing produk)

Custom Conversion

Bahasa paling senang nak faham, Custom Conversion ni ialah halaman thank you. Contohnya:

  • Thank you for shopping. Your order is on the way.
  • Thanks for signing up. You’ll receive your first email from us shortly.
  • Thanks for your comment. Here’s your free download.

Anda boleh cipta custom conversion yang bersesuaian mengikut data yang dikumpul oleh pixel.

Bagaimana Mahu Install Facebook Pixel pada Website?

  1. Buka akaun Facebook Ads Manager anda

2. Pergi ke Pixel dan Klik butang ‘Create a Pixel’

3. Bagi nama untuk Facebook Pixel anda.

4. Copy dan Install Facebook Pixel Code dalam Website anda.

5. Letak base pixel code tadi dalam website anda di bahagian ‘Header’. Install plugin Header & Footer jika anda menggunakan WordPress.

6. Save dan test pixel anda tadi diruangan yang disediakan Facebook.

7. Klik continue

8. Test guna Facebook Pixel Helper Google Extension di browser. Dan kalau keluar macam ni, makna installation anda dah berjaya.

Soalan Lazim Ditanya Tentang Facebook Pixel (FAQs)

  • Adakah saya perlukan Facebook pixel?

Ya! Sudah tentu Facebook Pixel ini perlu untuk lebatkan sales. Facebook Pixel bantu dapatkan maklumat bakal pelanggan yang berpotensi untuk jadi pelanggan anda. Jika anda nak buat sendiri dan bermula dari kosong mesti susah. Jadi, lebih baik guna teknologi yang dah ada ni.

  • Data apa yang Facebook Pixel kumpul?

Antara data yang Facebook Pixel kumpulkan adalah page view, add to cart, purchase, scroll depth dan time on page. Semua maklumat ini boleh optimumkan perancangan iklan anda. Malah, ia mampu jimatkan kos iklan.

  • Berapa banyak pixel yang perlu saya ada?

Anda boleh buat 100 pixel dalam satu akaun Business Manager anda. Saya harap anda belajar sesuatu dan sharing ini bermanfaat. Semoga anda semua berjaya meraih lebih ramai pelanggan dan melonjakkan jualan.

Tentang Penulis:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Perlukan Servis Design Website Yang Profesional, Cantik & Responsif Pada Harga Berpatutan?

Perlukan Servis Design Website Yang Profesional, Cantik & Responsif Pada Harga Berpatutan?

Peluang Bisnes

Jana Pendapatan Pasif Seumur Hidup!

Dapatkan BONUS / FREE GIFT Special Dari Saya, Pastikan Daftar Melalui "Affiq Fadzil"

Hosting Terpantas & Support 24/7

Dapatkan Diskaun 50% Untuk Bulan Pertama, Masukkan Coupon Code: WPX-AFFIQ-ROCKS