5 Perbezaan Bisnes Affiliate dan Dropship Yang Wajib Anda Tahu

Nak buat bisnes affiliate atau dropship? Dua-dua boleh buat duit dari rumah secara online dengan mudah.

Secara ringkasnya, kedua-kedua bisnes online ni antara bisnes yang berisiko rendah.

Kedua-duanya juga tak perlu pegang barang atau pos barang.

Dan kedua-dua bisnes online ni mudah untuk dibuat dan tak perlukan modal yang tinggi.

Tapi, apa perbezaan antara bisnes affiliate dan dropship?

Apa Perbezaan Antara Bisnes Affiliate dan Dropship?

Saya akan kongsikan 5 perbezaan yang anda wajib tahu berkenaan kedua-dua bisnes ini.

1. Cara Operasi

Cara operasi bisnes affiliate

Anda boleh buat affiliate marketing jika anda ingin buat duit tanpa modal

Secara asasnya, anda cuma perlu promosikan servis atau produk orang lain.

Pertama sekali, anda perlu pilih medium yang ada mahu gunakan untuk promote produk tersebut.

Antara medium yang selalu digunakan adalah Facebook, Instagram, Youtube atau website.

Kemudian, anda cuma perlu promosikan link yang mengandungi ID anda.

Apabila ada pelawat yang beli melalui ID anda, maka anda akan mendapat komisyen dari pembelian tersebut.

Cara operasi bisnes dropship

Pertama sekali, anda perlu mendaftar di laman web produk tersebut sebagai agen dropship.

perbezaan antara bisnes affiliate dan dropship[Kredit]

Apa yang anda perlu lakukan adalah, anda perlu promosikan produk tersebut. 

Jika ada pelanggan yang membeli produk tersebut dari anda, maka anda perlu mengisi detail pembelian di website.

Segala proses penghantaran barang akan dilakukan oleh owner produk.

2. Keuntungan Bisnes

Keuntungan bisnes affiliate

Keuntungan bisnes affiliate bergantung kepada komisyen. Anda tidak dapat menentukan harga bagi produk tersebut.

Tetapi, anda akan mendapat komisyen dari penjualan produk tersebut.

[Kredit]

Namun, apa yang membuatkan bisnes affiliate kurang fleksibel ialah dimana anda perlu mencapai target yang ditetapkan sebelum dapat keluarkan duit komisyen.

Contohnya, jika target yang ditetapkan adalah RM200; maka anda hanya akan dapat keluarkan duit komisyen jika telah mencapai target tersebut.

Keuntungan bisnes dropship

Berbeza dengan affiliate, bisnes dropship lebih fleksibel. 

Anda dapat menetapkan harga jualan anda sendiri.

Sebagai contoh, jika owner produk menjual kepada anda dengan harga RM10 bagi satu produk.

Anda boleh menjual kepada pembeli dengan harga RM25. Maka, keuntungan anda adalah sebanyak RM15 bagi satu produk.

Keuntungan yang diterima juga bergantung kepada berapa banyak produk yang anda telah jual.

3. Cara Promosi

Cara promosi affiliate

Anda cuma perlu promote produk tersebut sahaja. Itulah kelebihan melakukan affiliate.

Anda jugak tidak akan dikenakan sebarang wang pendaftaran untuk melakukan affiliate marketing.

Biasanya, teknik soft selling digunakan supaya tidak nampak ‘terlalu menjual’.

Antara cara strategi promosi affiliate adalah dengan menulis blog, tweet, bercerita di Facebook atau buat video di Youtube. Pastikan anda sertakan link affiliate yang mengandungi ID anda.

Jika ada sesiapa klik atau beli melalui link affiliate anda, maka anda akan dapat komisyen dari pembelian tersebut.

Mudah, bukan?

Dengan affiliate, anda tidak perlu untuk upload pelbagai jenis barangan setiap minggu. Anda hanya perlukan traffic banyak supaya lebih tinggi peluang untuk pembeli membeli menggunakan link ID anda.

Cara promosi dropship

Antara cara promosi dropship yang sesuai dipraktikkan adalah dengan teknik hard selling dan soft selling.

Walaupun anda tidak pegang barang, anda boleh gunakan e-commerce store untuk promosikan barang anda secara hard selling.

Namun, masih ramai yang melakukan bisnes dropship dengan menjual produk di Instagram dan Facebook.

Bagi teknik soft selling, anda digalakkan untuk memiliki beberapa produk yang anda jual dan buat video berkenaan produk tersebut.

Antara video yang dicadangkan adalah dengan melakukan review terhadap produk tersebut.

4. Data Pelanggan

Data pelanggan bagi bisnes affiliate

Antara kekurangan bagi bisnes affiliate ialah anda tidak akan dapat mengetahui siapa pelanggan anda.

Maksudnya, anda tidak dapat menggunakan data pelanggan untuk melakukan teknik pemasaran pada masa akan datang.

Selain itu, kebarangkalian untuk mendapat keuntungan dari pelanggan yang sama adalah sangat rendah disebabkan anda tidak mempunyai data pelanggan tersebut.

Data pelanggan bagi bisnes dropship

Antara kelebihan bisnes dropship ialah anda akan mempunyai data pelanggan yang telah membuat pembelian dari anda. Antara data yang anda terima adalah nama, alamat dan nombor telefon.

Dengan adanya data pelanggan, pelbagai jenis teknik marketing yang boleh anda gunakan jika melakukan bisnes dropship. 

Antara teknik yang boleh digunakan adalah teknik remarketing dan broadcast WhatsApp kepada pelanggan terdahulu.

Selain itu, anda  juga boleh gunakan data pelanggan untuk promosikan produk terbaru.

5. Khidmat Pelanggan

Affiliate

Anda tidak perlu melakukan khidmat pelanggan (customer service) jika melakukan affiliate marketing. Yang turut juga membawa maksud bahawa anda tidak perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang produk tersebut.

Selain itu, anda tidak akan terlibat jika terdapat sebarang permasalahan antara pelanggan dan owner produk. Hal ini disebabkan pelanggan akan terus berurusan dengan owner produk tanpa melibatkan anda sebagai orang tengah.

Dropship

Jika melakukan bisnes dropship, anda terlibat secara langsung apabila terdapat sebarang masalah antara pelanggan dan owner produk.

Antara masalah yang mungkin akan berlaku adalah jika owner produk lambat untuk pos barang pelanggan.

Jadi, anda sebagai orang tengah perlu melayan sebarang pertanyaan dari pelanggan serta menyemak semula status penghantaran dengan owner produk.

Kesimpulan – Perbezaan Bisnes Affiliate dan Dropship Yang Wajib Anda Tahu

Walaupun terdapat perbezaan antara bisnes affiliate dan dropship, tapi kedua-duanya dapat anda lakukan untuk menjana pendapatan dengan mudah.

Kedua-dua bisnes ini adalah bisnes dengan risiko yang paling rendah dan mudah sebagai permulaan.

Untuk tahu yang mana lebih sesuai dengan anda, cuba dahulu dan lihat hasilnya.

Tentang Penulis:

2 thoughts on “5 Perbezaan Bisnes Affiliate dan Dropship Yang Wajib Anda Tahu”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Perlukan Servis Design Website Yang Profesional, Cantik & Responsif Pada Harga Berpatutan?

Perlukan Servis Design Website Yang Profesional, Cantik & Responsif Pada Harga Berpatutan?

Peluang Bisnes

Jana Pendapatan Pasif Seumur Hidup!

Dapatkan BONUS / FREE GIFT Special Dari Saya, Pastikan Daftar Melalui "Affiq Fadzil"

Hosting Terpantas & Support 24/7

Dapatkan Diskaun 50% Untuk Bulan Pertama, Masukkan Coupon Code: WPX-AFFIQ-ROCKS