2 Rutin Pagi ‘Orang Bisnes’ Sebaik Sahaja Celik Mata – Bantu Selesaikan Banyak Perkara

Affiq Fadzil

Affiq Fadzil

Affiq Fadzil

Affiq Fadzil

Jika anda ada kesempatan bertanya dengan orang berjaya, samada dalam bidang bisnes, karier dan apa sahaja bidang, hampir kesemua mereka mempunyai rutin pagi atau dalam Bahasa Inggerisnya ‘morning routine’.

Dalam post ini semestinya saya fokuskan kepada bidang perniagaan / bisnes sebab ianya sangat berkait rapat dengan diri saya sendiri.

Saya suka bahagikan rutin pagi atau ‘morning routine’ orang berjaya ini kepada 2 bahagian.

Satu ialah berbentuk spiritual dan satu lagi berbentuk tindakan peneguhan dan perancangan. Di dalam post ini saya nak fokuskan kepada rutin berbentuk spiritual terlebih dahulu.

Rutin ini sebenarnya hampir kita semua yang Muslim memang tahu, cuma mungkin kita tak mahu amalkan kerana rasa susah atau kita rasakan tiada kepentingan untuk kita amalkan kerana tidak nampak hubungan langsung dan kebaikan yang kita dapat dengan bisnes dan kehidupan kita. Jom saya ceritakan lagi.. baca sampai habis ya.

Okay, apa 2 rutin sebaik sahaja ‘celik mata’ yang saya maksudkan ini?

  1. Solat Sunat Tahajjud
  2. Solat Subuh Berjemaah

Ya, kedua dua amalan ini anda sendiri pun tahu kan.

Impak Terhadap Bisnes Saya


Apa impaknya terhadap bisnes saya selepas saya usaha menjadikan kedua-dua amalam ini? Antaranya:

  1. Leads / prospek yang masuk bertanya setiap hari untuk mendapatkan servis website tak berhenti
  2. Lebih mudah saya closed deal

Dan semestinya impak positif yang berlaku kepada bisnes saya ini semuanya dari Allah, Allah yang gerakkan hati prospek supaya tanya tentang servis saya, dan Allah jua lah yang lembutkan hati mereka untuk bersetuju dengan offer yang saya berikan sehingga closed deal.

Sepanjang pemerhatian saya, ianya berlaku lepas saya tukar kebergantungan bisnes saya kepada Allah dengan antara caranya ialah seperti 2 rutin tadi.

Target Utama – Mengharap Redha Allah


Tetapi, anda jangan salah faham. Jangan pula buat kedua dua rutin ini disebabkan mahu bisnes berkembang semata mata, target utama sudah tentu mengharapkan redha Allah. Kebaikan utamanya seperti yang kita tahu, bila kita tingkatkan amalan dan kebergantungan kita dengan Allah, sudah tentu:

  1. Anda akan rasa lebih tenang
  2. Hidup anda lebih terurus
  3. Banyak task / kerja harian yang anda rancang boleh diselesaikan dengan lebih mudah dan lancar
  4. Dan jika anda sudah berkahwin, anda juga akan rasakan perubahan yang lebih baik kepada pasangan dan anak anda.

Cabaran Bermula!


Bila kita hendak mulakan rutin baru yang baik ini, sudah pasti ada sahaja cabarannya, ada sahaja halangannya. Antaranya mungkin anda akan hadapi cabaran ini, sama yang saya pernah lalui juga:

  1. Susah untuk bangun awal sebelum waktu Subuh
  2. Jika bangun awal sebelum Subuh pun kadang kala tak sempat juga untuk Solat Tahajjud
  3. Anda jenis tidur lambat, jadi bila mula bangun awal, badan jadi lesu

Dan macam-macam lagi cabaran lain lagi.. senarai cabaran ini boleh jadi semakin panjang kalau kita terus fokus dengan masalah.

Saya sendiri pun sama. Saya jenis yang suka tidur lambat kononnya waktu lewat malam dapat lebih fokus dan lebih produktif menyiapkan kerja-kerja website development dan lain-lain lagi.

Tapi bila semakin berusia, saya sendiri perasan yang tahap produktiviti dan fokus saya semakin menurun bila menjelang malam. Sudahnya masa berjaga malam saya itu menghasilkan output yang tak berkualiti, lagi teruk saya perlu ulang buat semula / ‘rework’ kerja-kerja tersebut.

Saya ambil keputusan untuk tukar waku tidur saya, dan mula amalkan rutin ini. Sebenarnya sudah berbuih mulut isteri dan mak saya pesan supaya tidur awal, jadi dapat bangun awal, dapat Tahajjud dan dapat selesaikan banyak perkara. Kali ini saya tak nak tangguh lagi untuk mulakan 2 rutin ini.

Jadi, sebelum bermula, elok lah ada ‘block’ siap-siap minda anda jangan fokus kepada masalah, dan cuba amalkan tips untuk bermula ini.

Tips Untuk Bermula Amalkan 2 Rutin Ini


Antara tips yang saya boleh kongsi, yang saya sendiri amalkan supaya dapat konsisten dengan 2 rutin ini ialah:

  1. Tidur lebih awal, yes ini tak ada cara lain. Tidur lebih awal, jadi anda dapat bangun lebih awal
  2. Set alarm di handphone anda
  3. Doa & niat minta Allah bangunkan sebelum waktu Subuh supaya sempat Solat Tahajjud dan Solat Berjemaah Subuh

Berkenaan doa ni, saya pernah cuba hanya tudir awal dan set alarm, tapi tak berdoa, biasanya gagal! Dan kalau terbangun awal sekalipun ada sahaja cabaran yang membuatkan tak sempat Tahajjud.

Jadi anda boleh cuba ketiga-tiga tips ini untuk bermula amalkan 2 rutin ini.

Moga perkongsian saya kali ini memberikan manfaat. Kita jumpa lagi.

Kalau anda berminat untuk tahu tentang salah satu cabang bisnes part time yang saya tengah usahakan sekarang, ianya agak mudah dan tak perlu peruntukan masa yang lama, anda boleh lihat di sini.

Mungkin boleh memberikan cabang baru kepada bisnes anda juga.

Tentang Penulis:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Perlukan Servis Design Website Yang Profesional, Cantik & Responsif Pada Harga Berpatutan?

Perlukan Servis Design Website Yang Profesional, Cantik & Responsif Pada Harga Berpatutan?

Peluang Bisnes

Jana Pendapatan Pasif Seumur Hidup!

Dapatkan BONUS / FREE GIFT Special Dari Saya, Pastikan Daftar Melalui "Affiq Fadzil"

Hosting Terpantas & Support 24/7

Dapatkan Diskaun 50% Untuk Bulan Pertama, Masukkan Coupon Code: WPX-AFFIQ-ROCKS