Sindrom ‘Shiny Object’ Usahawan Baru

Affiq Fadzil

Affiq Fadzil

Dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan tentang sindrom ‘shiny object’ di kalangan usahawan baru dan nasihat saya untuk tanganinya.

Kalau tanya usahawan internet bagaimana perjalanan bisnes mereka, mostly biasanya akan start dengan ‘shiny object syndrom’. 

Sindrom apa tu? Sindrom yang bila ada je panduan baru pasal marketing, pasal buat duit, pasal bisnes, mesti nak beli! Semua beli, beli, beli, nak belajar, nak apply, nak berjaya macam yang ditunjukkan dalam salespage tu.

Ada kelas, seminar, coaching, semua masuk. Semua coach, sifu, guru, semua sign up. Harga kapak tak menjadi masalah, masa tu hadir satu bisikan untuk menyedapkan hati sign up ribu-ribu, “utk coaching takpe, ni pelaburan ilmu untuk ubah hidup aku..” 
..sebab dibayangi cahaya dihujung perjalanan. 

Perlu PILIH GURU, bukan semua yang claim coach, guru, sifu semuanya boleh pakai. Ada yang memang buat duit banyak berkoyan dengan memang hanya mengajar pelajarnya buat duit!

Hati-hati sebab mostly yang macam ni bila kita selidik memang dia tak ada bisnes yang betul-betul mereka jalankan yang proudly boleh cerita kat anda – ‘ini bisnes saya yang sebenar, saya bukannya sekadar buat duit dengan ajar korang buat duit je’… tapi ‘memang saya buat duit dengan ajar anda buat duit’ haha!

Lama-lama bila rasa duit dah banyak habis, tapi output tak ada, bisnes internet yang dibuat tu pun tak untung2, baru tersedar. Biasalah kan bila terhantuk barulah sedar dari dunia khayalan. Yuran ‘kebodohan’ tu namanya.

Next stage, barulah bijak sikit, jadi selective. Pandai pilih panduan, PILIH GURU yang betul-betul ada track record berjaya, yang betul-betul dalam bidang yang diajar dan memang memiliki bisnes berjaya yang boleh dirujuk. Senang cerita memang ‘ahli’ dalam bidang tersebut. Barulah jumpa jalan yang lurus! 

Dan jika anda tak nak tersasar macam real story yang banyak berlaku kepada usahawan internet macam saya explain kat atas tadi (saya sendiri lalui pengalaman ini) – ini nasihat saya..

Cari GURU & PANDUAN YANG BETUL. 

Jika anda tanya saya, kalau saya boleh putarkan masa, salah seorang guru dan panduan yang saya pilih untuk saya belajar masa awal pembabitan saya ialah guru dari platform IM Lejen.

Mereka terdiri daripada 2 orang – bro Wazeen Azizan & Rashvin Singh yang saya boleh istilahkan sebagai ‘internet marketing superstar’ yang real, memang memiliki bisnes internet yang berjaya yang dah lalu fasa dari permulaan hingga kestabilan dan berdasarkan track record sebelum ini, produk sentuhan mereka sangat banyak membantu usahawan internet di Malaysia kecapi kejayaan. 💪

Nak tau apa tu IM Lejen? Kalau saya explain di dalam artikel ini, panjang berjela jadinya nanti, simple anda boleh baca detail tentang IM Lejen di sini dan nilai sendiri guys.

Semoga perkongsian saya kali ini membantu anda. Jumpa lagi dalam artikel barikutnya

Leave a Reply

Perlukan Servis Design Website Yang Profesional, Cantik & Responsif Pada Harga Berpatutan?

Perlukan Servis Design Website Yang Profesional, Cantik & Responsif Pada Harga Berpatutan?

Belajar Ilmu Bisnes Online Lengkap & Terkini Dalam 1 Komuniti - IM LEJEN