Saya telah cuba pelbagai apps dan software untuk tingkatkan produktiviti aktiviti harian bisnes saya. Termasuklah software reminder, to do list, schedule, dan pelbagai lagi, tak terkira banyaknya. Kebanyakannya bagus, tetapi kurang sesuai dengan aktviti bisnes dan rutin harian saya.
Selepas banyak kali mencuba, akhirnya saya temui apps/software yang sesuai dan bagi saya paling terbaik yang saya pernah guna untuk produktiviti, dan apps tersebut ialah Clickup!
Saya guna Clickup untuk senarai semak rutin harian, mingguan dan bulanan. Semuanya boleh set ulangan secara automatik untuk harian, mingguan dan bulanan. Dan saya juga guna untuk senarai job & project progress client website saya.
Untuk orang bisnes, khususnya bisnes berasaskan servis yang melibatkan pembayaran deposit, memerlukan pengeluaran invoice dan perlu kepada senarai semak serta track progress project saya suggest gunakan 2 apps ini:
1- WaveApps
Untuk keluarkan quotation, invois, basic accounting (Hampir setahun saya guna). Paling penting software ini anda boleh gunakan secara percuma. Tiada had quotation, invois, client dan sebagainya.
2- Clickup
Untuk list order/job, project progress, boleh juga buat goal & target setting & tracking, sync dengan Google Calendar dan macam-macam lagi lah (ada Android app & browser dan desktop app) (Baru 2 bulan saya guna, setakat ini sangat membantu saya jadi lebih produktif)
Dan Clickup juga anda boleh gunakan secara percuma, tiada had task, projek dan sebagainya. Tetapi jika anda langgan pelan berbayar, anda akan dapat tambahan features yang lebih menarik.
Saya sendiri hanya gunakan pelan percuma sahaja pun sudah memadai.
Semoga perkongsian saya dalam email kali ini dapat bantu anda memilih apps yang sesuai untuk meningkatkan produktiviti aktiviti dan rutin bisnes anda.
Apa komen anda?
2 thoughts on “2 Apps Yang Dapat Meningkatkan Produktiviti Harian Khusus Untuk Orang Bisnes”
terbaik
Thanks tuan. Moga bermanfaat. 🙂