Saya mendapat soalan dari seorang client laman web saya tentang bagaimana cara untuk upload ebook yang dia siapkan ke dalam laman web WordPress miliknya.
Soalan ini boleh keluar sebab client saya tadi jalankan bisnes ebook, dan dia baru hasilkan ebook versi terbaru yang lebih update untuk diberikan kepada pembeli ebook dia sebelum ini.
Jadi untuk menjawab soalan beliau, saya fikir lebih baik saya hasilkan satu blog post. Boleh juga tambah post baru di dalam blog saya ni. 😀
Selain dapat bantu client saya tadi, saya juga dapat bantu lebih ramai orang yang mungkin belum tahu caranya.
Sebenarnya caranya sangat simple dan mudah. Jom kita mulakan.
Pertama sekali, semestinya pergi ke url login admin WordPress anda. Masukkan username & password serta klik butang “Login”
Klik pada “Media” dan “Add New”
Klik “Select Files”.
Pilih dokumen di dalam komputer anda yang nak diupload. Dan klik “Open”
Tunggu sekejap dokumen sedang diuplaod
Dan.. dokumen siap diupload ke dalam laman web WordPress anda!
.
Bagaimana Pula Nak Dapatkan Link Upload Dokumen Tadi?
Dokumen/ebook dah siap upload, bagaimana nak dapatkan linknya untuk berikan kepada mereka yang sepatutnya kan, contohnya pembeli ebook anda.
Senang je..
Klik “Media” , kemudian pilih “Library”
Anda akan nampak dokumen yang anda baru upload tadi di dalam senarai media Library. Klik dokumen tersebut.
Anda akan nampak link dokumen tersebut di bahagian “URL”. Klik kotak link tersebut, tekan butang di keyboard anda “Ctrl + A” untuk pilih keseluruhan link yang panjang tu.
Copy link dengan tekan butang di keyboard anda “Ctrl + C” dan simpan di tempat selamat.
Link itulah yang anda perlu berikan kepada sesiapa yang dapat kebenaran untuk download/akses dokumen anda tadi, mungkin pembeli ebook anda atau pembaca blog anda.
Dalam post seterusnya saya akan tunjukkan bagaimana untuk install plugin yang boleh melindungi semua media file di dalam library anda termasuk ebook, gambar dan apa sahaja supaya dilindungi dan tidak dapat diakses secara haram oleh orang yang tidak sepatutnya.
Apa pendapat anda?