Cara Lindungi Dokumen Yang Diupload Dari Mudah Diakses Secara ‘Backdoor’

Affiq Fadzil

Affiq Fadzil

Affiq Fadzil

Affiq Fadzil

Dalam post kali ini saya nak kongsikan dengan anda, bagaimana kita boleh lindungi dokumen yang kita simpan di dalam website WordPress kita dari diakses oleh orang yang tak sepatutnya secara ‘backdoor’.

Post ini adalah kesinambungan dari post saya sebelum ini iaitu tutorial ringkas bagaimana untuk upload dokumen ke dalam website WordPress dan dapatkan link dokumen tersebut.

.

Kenapa Penting Untuk Lindungi Dokumen Yang Diupload?

Sebenarnya ia bergantung kepada anda, jika anda mempunyai dokumen yang sememangnya anda ingin terhadkan kebenaran untuk akses, sebagai contoh anda mahu hanya pembeli ebook anda yang diberi link sahaja boleh akses dokumen tersebut. Jadi anda perlu ambil langkah untuk melindunginya.

Jika tidak, akan ada pihak yang tidak bertanggungjawab yang ‘cuba-cuba’ nak dapatkan info ebook/dokumen premium anda secara percuma (secara haram sebenarnya) untuk pecah masuk melalui laluan ‘backdoor’ website anda untuk cari ebook tersebut. (Itupun jika anda upload dan simpan di dalam website WordPress anda)

.

Cara Lindungi Guna Plugin “Protect Uploads”

Lindungi file dan dokumen website WordPress anda dengan cara paling mudah ialah guna plugin “Protect Uploads”.

Selepas login ke dalam website WordPress anda, klik “Plugins” dan “Add New”

Pada bahagian keyword, taip “protect uploads”

Akan keluar data carian plugin, pilih plugin Protect Uploads seperti gambar di bawah, dan klik butang “Install Now”

Selepas selesai proses intall, klik butang “Activate”

Sekarang plugin Protect Uploads sudah diinstall dan diaktifkan di dalam website WordPress anda.

Kemudian anda perlu setting plugin ini. Caranya mudah saja.

Klik “Media” dan “Protect Uploads”

Seterusnya pada bahagian Protection, tandakan pada “prevent directory listing with htaccess” dan tekan butang “Update”

Website WordPress anda sudahpun dilindungi dari mudah dicerobohi.

Caranya sangat mudah dan cepat untuk dilakukan. Selamat mencuba! 🙂

Tentang Penulis:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Perlukan Servis Design Website Yang Profesional, Cantik & Responsif Pada Harga Berpatutan?

Perlukan Servis Design Website Yang Profesional, Cantik & Responsif Pada Harga Berpatutan?

Peluang Bisnes

Jana Pendapatan Pasif Seumur Hidup!

Dapatkan BONUS / FREE GIFT Special Dari Saya, Pastikan Daftar Melalui "Affiq Fadzil"

Hosting Terpantas & Support 24/7

Dapatkan Diskaun 50% Untuk Bulan Pertama, Masukkan Coupon Code: WPX-AFFIQ-ROCKS