10 Tips Memilih Nama Domain Terbaik Untuk Laman Web Anda

Picture of Affiq Fadzil

Affiq Fadzil

Picture of Affiq Fadzil

Affiq Fadzil

Jika sekarang anda tengah memikirkan nama yang sesuai untuk laman web anda, yes, anda berada di artikel yang betul.

Saya akan kongsikan kepada anda 10 tips mudah dalam memilih nama domain terbaik untuk laman web anda, yang kebanyakan pemilik laman web terlepas pandang. Teruskan pembacaan okay.

.

Apa Maksud ‘Nama Domain’?

Sebelum saya teruskan, eloklah saya terangkan dulu istilah yang saya akan gunakan di dalam artikel kali ini.

Istilah ‘nama domain’ secara mudahnya ialah nama laman web. 

Sebagai contoh, nama domain laman web saya ialah ‘affiqfadzil.com’

.

Kenapa Kena Pilih Nama Domain Terbaik Untuk Laman Web?

Nama domain saya boleh istilahkan sebagai alamat rumah untuk sesuatu laman web. Ibarat kalau salah alamatnya, maka akan salah lah destinasinya.

Bayangkan prospek anda salah alamat, dan sampai ke laman web pesaing anda, tak pasal pasal anda kehilangan prospek, dan ada kemungkinan kehilangan sales juga disebabkan oleh benda simple ni.

Jadi adalah sangat penting untuk anda memilih nama domain terbaik untuk laman web supaya anda dapat pastikan prospek memang betul-betul sampai ke laman web anda, bukan laman web pesaing anda.

Bagaimana nak pilih nama domain terbaik untuk laman web? Ini 10 tips mudah yang boleh anda gunakan ketika memilih nama domain.

.

#Tips 1 – Maksimum 2-3 Patah Perkataan

Nama domain yang terbaik kebanyakannya hanya menggunakan maksimum 2-3 patah perkataan.

Contohnya seperti nama domain laman web bagi panduan dan ebook: RahsiaSolat.com (menggunakan 2 patah perkataan)

BisnesAirBalang.com (menggunakan 3 patah perkataan)

Saya sendiri biasanya menggunakan 1-2 patah perkataan sahaja. Yang penting ianya berjaya menyampaikan maksud laman web anda.

.

#Tips 2 – Nama Yang Sesuai / Releven

Tips ke 2 ini berkait rapat dengan tips yang pertama.

Pastikan 2-3 patah perkataan yang anda pilih untuk nama domain anda adalah sesuai / releven dengan maksud atau kandungan yang ingin anda sampaikan dalam laman web anda.

Sebagai contoh, nama domain RahsiaSolat.com tadi, secara terus, tanpa perlu berfikir pun kita sudah tahu yang laman web ini sudah tentulah berkenaan dengan solat.

.

#Tips 3 – Mudah Diingati

Ingat lagi tak awal tadi dalam pengenalan artikel ini, saya ada tulis yang kita nak pastikan prospek tak salah alamat, sampai terus ke laman web kita?

Bagus kalau masih ingat! Ini yang saya maksudkan. Anda harus pastikan nama domain yang anda pilih mudah diingati.

Bukan hanya mudah diingati oleh anda sahaja, bahkan mudah diingati oleh orang lain juga, lagi lagi prospek anda.

Contohnya seperti BisnesAirBalang.com tadi. Sesiapa pun mudah untuk ingat dan tahu ianya berkenaan bisnes air balang.

.

#Tips 4 – Mudah Dieja

Apabila mudah diingati, anda harus pastikan nama domain anda juga mudah untuk dieja.

Gunakan ejaan secara terus, ‘straight forward’ elakkan ejaan ‘fancy’ sebagai contoh: booku.com, kan lagi mudah anda eja je buku.com

Ejaan yang ‘fancy’ atau gabungan ejaan Bahasa Melayu dan English ni boleh mengundang kepada kekeliruan.

Apabila prospek keliru tentang ejaan nama domain anda, risiko untuk mereka ‘sesat’ sangat tinggi, anda yang akan rugi. Elakkan perkara ini dari berlaku. Gunakan ejaan yang mudah okay.

.

#Tips 5 – Mudah Disebut

Ya, cukup 3 serangkai – mudah ingat, mudah eja dan mudah sebut. Apabila nama domain anda mudah disebut, secara automatiknya mudahlah untuk orang ingat.

Caranya ialah gunakan perkataan yang biasa orang gunakan, yang biasa orang dengar. Elakkan dari menggunakan perkataan istilah saintifik atau doktor falsafah hingga buatkan susah untuk disebut.

Contohnya anda menjual jus mengkudu, nama saintifiknya ialah morinda citrifolia (saya nak taip pun memang sedikit susah ni, hehe).

Seboleh mungkin elak dari gunakan nama saintifiknya tu, nasihat saya anda boleh gunakan terus jusmengkudu.com, lebih mudah sebut, lebih mudah eja, dan memang senang nak ingat. 🙂

.

#Tips 6 – Unik

Saya suka nama domain yang unik. Nama unik mudah diingati dan ianya melambangkan sesuatu jenama itu sendiri.

Cuma kekurangannya ialah kadangkala orang tak faham apa maksudnya, melainkan jenama anda sudah terkenal macam jenama-jenama terkemuka dalam pasaran.

Jika anda memang merancang untuk kembangkan dan kukuhkan jenama anda sendiri, saya memang sarankan anda pilih nama domain yang unik.

Cara paling mudah yang biasa dilakukan untuk dapatkan nama domain yang unik ialah dengan menggabungkan 2 patah perkataan menjadi satu.

Contohnya seperti nama salah satu jenama sukan yang sangat terkemuka, saya yakin anda pun tahu jenama Adidas. Nama domain bagi laman web mereka ialah adidas.com

Adidas adalah gabungan 2 perkataan yang berasal dari nama panggilan pengasasnya iaitu Adi-Dassler. Gabungan tersebut menjadikan nama Adidas.

Adi-Dassler atau nama sebenarnya ialah Adolf Dassler.

Mungkin anda juga boleh fikirkan nama unik dengan gabungkan 2 nama atau 2 perkataan yang berkaitan dengan bisnes anda.

.

#Tips 7 – Elakkan Guna Nombor

Anda semestinya pelik kenapa saya tak galakkan anda guna nombor sebagai nama domain, sedangkan ada je nama domain yang menggunakan nombor seperti https://www.123rf.com/

Okay, begini, jika produk, jenama, syarikat atau servis anda sememangnya sudah pun dikenali dan mempunyai ramai pelanggan sebelum ini, jadi tiada masalah untuk anda gunakan nombor.

Tetapi jika anda baru nak bermula, elakkan guna nombor sebagai nama domain kerana ianya boleh mengelirukan. Kenapa?

Contohnya anda pilih onetwothree.com sebagai nama domain anda. Bagi orang yang tak pernah sampai ke laman web anda, sewaktu ingin buat carian dalam internet, mereka akan keliru.

Adakah 123.com atau onetwothree.com? 

Kekeliruan ini boleh buatkan mereka ‘sesat’ dan mungkin sampai ke laman web lain, lebih teruk mereka mungkin sampai ke laman web pesaing anda!

.

#Tips 8 – Elak Menggabungkan Perkataan Dan Nombor Atau Simbol

Ramai juga orang baru yang ingin memulakan laman web domain suka menggunakan gabungan perkataan dan nombor atau simbol sewaktu memilih nama domain.

Lagi sekali, jika produk, jenama, atau servis anda sememangnya sudah dikenali ramai dan mempunyai ramai pelanggan, tiada masalah untuk anda gabungkan.

Tetapi jika baru bermula, gabungan perkataan + nombor atau simbol ini sememangnya mengelirukan.

Contoh paling mudah adalah maybank2u.com – mnggunakan gabungan perkataan dan nombor. Untuk Maybank ianya tiada masalah kerana mereka satu jenama yang besar, sudah dikenali ramai dan lebih berpuluh tahun di Malaysia.

Tetapi bagi anda yang baru bermula, janganlah gunakan ‘2u’ sebagai sebahagian dari nama domain anda.

Contoh laman web anda menjual jus kurus. Jika anda memilih ingin menggunakan juskurus2u.com sebagai nama domain, saya sangat-sangat tidak setuju.

Kerana ianya mengundang kekeliruan. Adakah JusKurus2u.com atau JusKurusToU.com atau JusKurusToYou.com?

Jadi elakkan gabungan perkataan dengan nombor atau perkataan dengan simbol.

.

#Tips 9 – Tidak Gunakan Perkataan Negatif

Ini saya tak perlu huraikan dengan lebih panjang. Nama domain anda ialah nama laman web anda, sekaligus bagi saya, ia memberi gambaran awal terhadap bisnes yang anda jalankan.

Jadi jika anda gunakan perkataan negatif sebagai nama domain, ini menunjukkan anda bisnes anda juga negatif.

Seperti kata-kata ibarat doa, begitu jugalah nama domain atau nama laman web ibarat kualiti servis yang diberikan.

.

#Tips 10 – Semak Masih ‘Available’ Atau Tidak

Akhir sekali, selepas anda sudah berjaya dapatkan beberapa idea nama domain idaman untuk laman web anda, anda perlulah semak samada nama tersebut sudah didaftarkan oleh orang lain atau pun tidak.

FAKTA PENTING: Jika nama domain idaman anda sudah didaftarkan oleh orang lain, anda tak boleh gunakan nama domain tersebut.

Bagaimana cara untuk semak samada nama domain anda masih ‘available’ atau tidak?

Cara paling mudah ialah, pergi ke laman web yang menawarkan servis langganan nama domain, dan semak. Salah satu syarikat yang berpengalaman luas dalam bidang ini (berpengalaman 18 tahun) ialah Exabytes.

Pergi ke laman web Exabytes, pilih ‘Domains’ (1) dan klik pada ‘Register New Domain’ (2)

Seterusnya masukkan nama domain idaman anda dalam ruangan yang disediakan (3), dalam contoh ini saya masukkan nama domain ‘jagakereta.com’

Kemudian klik butang ‘Check & Order Domain’ (4)

Jika nama domain pilihan anda masih ‘available’, akan tertera seperti gambar di bawah.

Seterusnya anda bolehlah klik butang ‘Continue’ (7) untuk teruskan proses pendaftaran dan pembelian nama domain tersebut untuk jadikan ianya hakmilik anda dan boleh digunakan untuk laman web anda.

Tetapi jika nama domain pilihan anda sudah didaftarkan oleh orang lain, ianya akan tertera perkataan ‘not available’ atau ‘taken’.

Jadi anda perlu fikirkan nama lain yang sesuai dengan berpandukan tips-tips yang saya terangkan tadi dan cuba semak semula.

.

Kesimpulan

Secara ringkasnya, anda perlu telitikan terlebih dahulu 10 tips ini sebelum anda buat keputusan memilih nama domain terbaik untuk laman web anda.

10 tips tersebut adalah:

  1. Pastikan nama domain anda maksimum 2-3 patah perkataan sahaja
  2. Pastikan ianya relevan dan sesuai dengan bisnes, produk atau servis anda
  3. Nama domain yang mudah diingati
  4. Nama domain yang mudah dieja
  5. Nama domain yang mudah disebut
  6. Anda boleh juga fikirkan nama domain yang unik
  7. Elakkan penggunaan nombor dalam nama domain
  8. Elakkan dari menggabungkan perkataan dengan nombor atau simbol
  9. Tidak menggunakan perkataan negatif dalam nama domain
  10. Semak ‘availability’ nama domain idamana anda

Semoga anda boleh gunakan tips ini sebagai panduan ketika mendapatkan idea nama domain terbaik untuk laman web anda.

Apa pendapat anda?

Tentang Penulis:

2 thoughts on “10 Tips Memilih Nama Domain Terbaik Untuk Laman Web Anda”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Perlukan Servis Design Website Yang Profesional, Cantik & Responsif Pada Harga Berpatutan?

Perlukan Servis Design Website Yang Profesional, Cantik & Responsif Pada Harga Berpatutan?

Peluang Bisnes

Jana Pendapatan Pasif Seumur Hidup!

Dapatkan BONUS / FREE GIFT Special Dari Saya, Pastikan Daftar Melalui "Affiq Fadzil"

Hosting Terpantas & Support 24/7

Dapatkan Diskaun 50% Untuk Bulan Pertama, Masukkan Coupon Code: WPX-AFFIQ-ROCKS