TOOLS PILIHAN

Senarai tools yang saya gunakan untuk kembangkan bisnes online saya. Saya harap senarai ini dapat bantu anda buat pilihan tools yang sesuai.

TOOLS PILIHAN

Senarai tools yang saya gunakan untuk kembangkan bisnes online saya. Saya harap senarai ini dapat bantu anda buat pilihan tools yang sesuai.

TOOLS PILIHAN

Senarai tools yang saya gunakan untuk kembangkan bisnes online saya. Saya harap senarai ini dapat bantu anda buat pilihan tools yang sesuai.

Tools Asas Pembinaan Laman Web

Laman web adalah perkara paling penting dan paling asas untuk setiap bisnes online. 
Di sini saya bariskan 6 tools pilihan saya untuk asas pembinaan laman web/blog. 

1. Exabytes [Domain]

Exabytes berpengalaman 18 tahun dalam bidang domain dan hosting ini. Lagi menarik mereka sudah mempunyai cawangan dan server di Malaysia.

Bagi saya, fungsi untuk semak nama domain melalui Exabytes sangat mudah, support dari team mereka juga mesra dan responsif.

Paling penting pendaftaran nama domain saya melalui Exabytes mendapat ‘domain privacy protection’ secara percuma.

2. WPX Hosting [Hosting]

Terbukti penyedia Hosting WordPress terpantas!

Saya berpindah ke WPX Hosting bagi memastikan kesemua laman web saya stabil, selamat dan paling penting dapat dilayari dengan pantas dari mana-mana sahaja. 

Hasilnya kesemua laman web saya semakin pantas dan paling best ialah semuanya loading sepantas 3 saat.  

Menggunakan server SSD & percuma CDN khusus untuk kelajuan laman web serta percuma SSL (https) untuk keselamatan.

A++ saya berikan untuk customer support yang sangat pantas, mesra dan responsif 24/7/365. 

3. WordPress [Platform Pembinaan Laman Web]

WordPress mudah digunakan, ‘mobile responsive’, mesra pengguna dan mempunyai ribuan pilihan theme & plugin untuk menghasilkan apa sahaja jenis laman web.

Theme dan plugin ini boleh diibaratkan seperti apps tambahan yang dapat membantu saya ‘customize’ laman web saya ikut apa yang saya mahukan.

Paling penting, WordPress boleh dipasang/install terus ke laman web saya melalui hosting. Jadi laman web saya adalah di bawah kawalan saya sepenuhnya.

4. Google Analytics [Data Analytics]

Dengan Google Analytics saya boleh mengetahui berapa jumlah trafik/pelawat yang melayari laman web saya, dan dari mana mereka datang samada dari media sosial atau email atau secara organik.

Bukan itu sahaja, antara lain saya dapat tahu page manakah pelawat suka singgah, berapa lama tempoh mereka dalam laman web, dan lain-lain lagi. 

Sangat banyak data berguna yang boleh digunakan untuk memperbaiki laman web saya.

5. Google Search Console [Data Analytics]

Saya gunakan Google Search Console untuk ‘track’ interaksi laman web saya dengan enjin carian Google.

Salah satu yang menarik ialah, melalui Google Search Console saya dapat tahu apakah perkataan yang ditaip oleh pelawat ketika mereka lakukan carian yang buatkan akhirnya mereka sampai ke laman web saya. 

Dan pelbagai data penting lain lagi yang boleh saya gunakan untuk tingkatkan ‘visibility’ laman web saya di enjin carian Google.

6. Elementor [Plugin: Page Builder]

Elementor ialah salah satu plugin WordPress, fungsinya sebagai ‘Page Builder’ iaitu untuk merekabentuk page/halaman di dalam laman web.

Kebanyakan page di dalam laman web saya direkabentuk menggunakan Elementor. Malah page yang anda sedang baca ni pun saya menggunakan Elementor 🙂

Ianya ringan, mudah digunakan dengan fungsi ‘drag & drop’, dan mempunyai banyak template dengan design yang menarik yang boleh terus digunakan dan diubahsuai serta ‘mobile friendly’.

Tools Untuk Kumpul Leads / Database Prospek

Apabila anda sudah memiliki laman web, adalah sangat penting untuk mula mengumpul leads anda. Semakin banyak leads, semakin tinggi potensi untuk anda buat jualan dan hasilkan income. Tools kegemaran saya untuk mengumpulkan  leads ialah:

1. MailerLite [Email AutoResponder]

MailerLite ialah software Email Autoresponder yang saya gunakan untuk mengumpulkan leads/database email prospek di laman web saya.

Saya bertukar ke MailerLite disebabkan ianya ringan, mesra pengguna dan harga yang sangat berpatutan serta mempunyai fungsi setanding dengan Autoresponder terkemuka yang lain.

Antaranya ialah fungsi Email Automation memudahkan kempen email follow up secara automatik, fungsi Popups untuk kumpulkan email prospek seperti yang saya letakkan di dalam blog saya ini.