Jika anda masih buat bisnes online secara hentam keromo, masih gunakan satu strategi yang buatkan bakal customer bosan dan menyampah iaitu ‘hardselling’ – jual, jual, dan jual!
Jadi anda sangat memerlukan satu set strategi yang evergreen dan berkesan untuk anda aplikasikan dalam bisnes online anda. Artikel saya kali ini boleh bantu anda.
Jom, saya huraikan 4 strategi bisnes online berkesan yang anda perlu lakukan untuk kembangkan bisnes anda dengan pantas & jangka masa panjang.
.
Strategi #1: Content Marketing (tak seperti yang anda fikirkan)
Pertama sekali, saya nak tekankan, content marketing bukannya sekadar blogging, story telling dan kongsi tips untuk buatkan prospek suka anda!
Info tentang senarai harga pun boleh dikategorikan sebagai content marketing. Ya! Kenapa saya kata macam tu? Saya akan terangkan, teruskan bacaan anda.
Content marketing ialah strategi yang mana anda menyediakan info yang sesuai dengan peringkat prospek/bakal pelanggan anda dan tujuannya adalah untuk menggerakkan mereka dari satu peringkat ke peringkat yang lebih tinggi, contohnya dari hanya seorang prospek bertukar menjadi pembeli.
.
Kelebihan Content Marketing
Kelebihan content marketing ialah prospek akan melihat anda sebagai seorang yang unik dan lebih berkredibiliti berbanding pesaing anda.
Ini kerana anda serve prospek terlebih dahulu dengan berikan nilai tambah dan info yang mereka perlukan.
Ini membuatkan mereka yakin yang anda sememangnya pakar dalam bidang bisnes yang anda jalankan. Secara tak langsung mereka selesa dengan anda dan akan memilih untuk berurusan dengan anda.
.
Contoh Strategi Content Marketing
Contohnya, anda seorang agen penapis air, dan anda mahu prospek tertarik dengan anda, tahu kewujudan anda, dan yakin dengan anda.
Caranya ialah dengan buat perkongsian info secara percuma tanpa sebarang syarat, saya sarankan tulis artikel tentang info yang ingin disampaikan melalui blog.
Seterusnya, ke mana anda nak prospek anda pergi? Adakah anda nak mereka terus jadi pembeli? Kalau ya, di akhir perkongsian tips tadi, anda perlu berikan link ke laman jualan/ayat jualan.
Content yang anda perlu tunjukkan dalam laman jualan ialah info tentang produk anda, manfaat dan ciri-ciri produk serta harga untuk bantu prospek buat keputusan membeli.
Tetapi jika anda nak prospek hubungi anda, di akhir perkongsian letakkan link atau cara bagaimana prospek boleh hubungi anda. Straight forward kan.
Ianya terpulang kepada tujuan anda. Yang penting, anda perlu gerakkan prospek anda dari satu peringkat ke peringkat yang lebih tinggi.
.
Bagaimana Saya Lakukan Content Marketing?
Favourite saya sendiri ialah saya akan mulakan strategi content marketing dengan menarik minat prospek melalui perkongsian info di blog.
Pada peringkat ini mereka sudah menujukkan minat kepada perkara yang saya kongsikan di dalam artikel blog tersebut.
Jadi saya nak gerakkan mereka ke peringkat seterusnya iaitu tukarkan prospek tadi menjadi leads/database.
Content yang diperlukan untuk tukarkan prospek kepada leads, dinamakan sebagai lead magnet. Lead magnet ialah insentif yang kita berikan secara percuma sebagai tukaran untuk dapatkan database prospek iaitu nama dan email.
Biasanya saya berikan lead magnet berupa info tambahan atau solusi kepada perkara yang berkaitan dengan subjek perkongsian di blog. Ini berkait rapat dengan strategi yang kedua.
.
Strategi #2: Kumpul Leads/Database
Perkara terpenting yang wajib ada dalam minda anda apabila menjalankan bisnes online ialah mendapatkan seramai mungkin leads.
Sebelum kita pergi lebih jauh, jom saya terangkan secara ringkas apa sebenarnya leads atau database ni?
Leads ialah maklumat prospek atau pelanggan yang anda boleh gunakan untuk hubungi mereka untuk bina relationship dan hasilkan profit. Sebagai contoh email dan nombor telefon mereka.
.
Kelebihan Kumpul Leads
Pernah dengar istilah ‘money is in the list’? Maksudnya anda lebih mudah buat jualan, hasilkan banyak profit apabila anda ada senarai leads/database prospek sendiri.
Kenapa boleh buat lebih banyak profit apabila ada leads sendiri? Jom saya explain!
Boleh reach/hubungi prospek dengan pantas –
Apabila anda ada senarai database prospek anda, anda dengan mudah boleh hubungi mereka secepat mungkin pada bila-bila masa untuk sampaikan mesej marketing anda.
Samada anda nak maklumkan tentang promosi terbaru, perkongsian tips terbaru, special offer, nak buat survey, atau apa sahaja yang melibatkan bisnes anda.
Anda hanya perlu tulis mesej marketing tersebut, kemudian blast email, atau mungkin blast sms atau whatsapp atau messenger atau apa sahaja platform yang anda gunakan untuk kumpul database anda.
Dan tak sampai beberapa minit, majoriti leads anda akan baca mesej tersebut.
Kalau mesej anda tentang promosi produk, maka akan ada yang membeli produk anda, kalau mesej tentang perkongsian tips, maka ramailah yang membaca tips anda. Syok kan!
Dapat kurangkan kos untuk iklan –
Anda boleh kurangkan kos iklan untuk mendapatkan prospek baru, kerana leads anda merupakan hot prospek yang sudah sedia ada yang setia membaca mesej marketing dari anda. Lebih menjimatkan!
Mesej dapat disampaikan dengan berkesan! –
Ini kerana mereka yang berada di dalam senarai leads anda sudah pun kenal siapa anda. Kempen anda lebih mendapat sambutan dan convert. Tetapi dengan satu syarat…
Syaratnya ialah leads yang anda kumpul adalah leads yang sah, yang anda kumpulkan sendiri, bukan yang dibeli dari sesiapa atau di’sedut’ menggunakan mana-mana software haram!
.
Bagaimana Saya Kumpul Leads?
Secara peribadi, saya suka mengumpul leads email prospek. Nak tahu kenapa email?
Sebab pertama ialah boleh dikatakan hampir semua orang ada akaun email samada email sendiri atau email tempat kerja, dan email adalah antara perkara terpenting yang kita semak setiap hari, kan?
Sebab kedua, dalam pasaran terdapat banyak pilihan software email marketing dengan harga berpatutan serta memiliki fungsi canggih dan penggunaan yang tidak terhad yang boleh jadi pembantu mudahkan kerja marketing saya.
- Saya sediakan lead magnet (ebook percuma/email bersiri)
- Menggunakan software email marketing favorite saya ni, saya akan set welcome email & bina form untuk kumpul nama & email
- Saya letakkan form tadi di dalam laman web saya
Sesiapa sahaja masuk ke laman web saya akan nampak form tersebut, dan jika mereka tertarik dengan lead magnet yang saya akan berikan, mereka perlu isi nama & email untuk dapatkannya.
Tadaa! Saya dah berjaya kumpul leads, nama & email mereka akan disimpan di dalam software email marketing saya.
Seterusnya mereka akan dapat welcome email yang di dalamnya mempunyai lead magnet yang saya janjikan.
Tutorial step by step tentang teknik kumpul leads, apa software yang terlibat, bagaimana untuk configure software tersebut, cara untuk integrate dengan laman web, dan lain-lain yang berkaitan semuanya akan saya terangkan lebih detail di dalam artikel berlainan nanti.
Berbalik kepada flow strategi kumpul leads tadi, apabila sudah berjaya dapatkan leads, so inilah masanya untuk bina relationship dan hasilkan profit melalui email-email yang dihantar.
Ini dinamakan email marketing, yang mana saya akan terangkan di dalam strategi berikutnya.
.
Strategi #3: Email Marketing
Saya sendiri sangat suka menggunakan pendekatan email marketing untuk hasilkan jualan produk digital, produk fizikal, dan servis saya “ka-ching, ka-ching” 🙂 walaupun ramai yang katakan email marketing sudah tak relevan!
Sebenarnya email marketing sangat berkesan untuk diaplikasikan dalam apa jua jenis niche bisnes dengan syarat bisnes tersebut dijalankan secara online.
Dan kalau anda nak tahu, ianya jauh lebih berkesan dari media sosial tau!
Saya bukan cakap kosong, ini dapat dibuktikan melalui statistik yang dikeluarkan oleh OptinMonster yang mana:
- 58% akan semak email terlebih dahulu berbanding Facebook & Twitter
- 77% mengaku lebih gemar menerima apa-apa promosi melalui email
- 66% mengaku yang mereka buat pembelian online selepas menerima promosi melalui email
- Dan banyak lagi data yang menunjukkan email marketing masih relevan sehingga kini
.
Kelebihan Email Marketing
Di sini saya senaraikan 3 kelebihan email marketing berbanding dengan media sosial.
Naikkan brand dan buatkan bakal pelanggan ingat anda –
Pertama kali prospek nampak tawaran anda, 90% akan tolak dan tidak akan membeli.
Dengan email marketing, mereka akan selalu terima email dari anda, jadi mereka akan ingat brand anda.
Secara tak langsung apabila tiba satu masa mereka memerlukan servis atau produk anda, potensi untuk mereka membeli dari anda sangat tinggi.
Boleh personalize dan automasikan –
Anda boleh hantar email kepada leads anda dengan menulis nama mereka (tanpa anda tahu pun nama mereka sebenarnya), anda boleh setkan di dalam software sistem autoresponder.
Ini akan buatkan leads anda selesa dengan anda (siapa yang tak suka bila nama disebut kan) jadi akan mengukuhkan hubungan anda dengan leads anda dan potensi untuk mereka membeli dari anda sangat tinggi.
Tapi yang buatkan saya lebih teruja ialah, dengan email marketing anda boleh buatkan ia bekerja 24 jam sehari untuk anda dengan adanya fungsi automasi.
Contohnya, setiap kali sesiapa saja isi borang untuk dapatkan lead magnet secara percuma di laman web saya, software autoresponder email marketing saya secara automatik akan hantar email yang mengandungi link lead magnet tersebut kepada mereka.
Dan lagi best, saya boleh setkan email-email follow up untuk 365 hari jika saya mahu untuk dihantar kepada leads saya. Apabila tiba masa dan tarikh yang saya tetapkan, software ini akan hantar secara automatik kepada mereka.
Keberkesanannya mudah diukur –
Anda boleh buat penilaian untuk setiap email yang anda hantar dengan melihat kepada data analytics yang ditunjukkan di dalam software.
Anda dapat lihat:
– berapa ramai leads anda yang betul-betul menerima email anda,
– berapa % email anda ditendang semula (bounce).
– berapa ramai buka email anda (open-rate)
– berapa ramai yang klik link di dalam email anda (click-rate)
Dengan semua data ini, anda dapat tahu keberkesanan strategi email marketing anda, sekaligus mudah untuk anda ubahsuai samada tajuk email atau content email untuk memastikan anda sentiasa on-track.
.
Bagaimana Saya Lakukan Email Marketing?
Untuk pengetahuan anda, saya sebenarnya seorang pengguna tegar strategi email marketing. 95% jualan saya terhasil dari strategi ini.
Software yang saya gunakan, masih sama dengan strategi kumpul leads, iaitu MailerLite.
Jadi sebaik sahaja saya selesai setup strategi kumpul leads, saya akan teruskan dengan strategi email marketing dengan menulis beberapa email follow up.
Secara ringkasnya, ini cara yang saya lakukan untuk kebanyakan strategi email marketing saya.
3 email pertama – corak penulisan email saya akan difokuskan untuk bina kepercayaan dan kredibiliti. Caranya ialah dengan beri tips yang boleh membantu leads saya.
3 email berikutnya – email saya lebih kepada berbentuk engagement. Caranya ialah semudah tanya soalan dan permasalahan yang dihadapi oleh leads saya.
3-4 email yang berikutnya diakhiri dengan email promosi produk atau servis saya yang sesuai dengan leads tersebut.
Manakala email-email berikutnya saya akan kongsikan info-info bermanfaat dan diselang selikan dengan promosi produk atau servis.
Ini untuk memastikan mereka ingat brand saya dan melihat saya sebagai seorang yang pakar di dalam bidang tersebut.
.
Strategi #4: Optimasi Laman Web
Sebenarnya strategi ini sengaja saya terangkan di bahagian akhir sekali kerana ia adalah pelengkap kepada ketiga-tiga strategi sebelum ini.
Apa saya maksudkan sebagai pelengkap?
Okay begini, untuk memastikan ketiga tiga strategi: content marketing, kumpul leads, dan email marketing betul-betul menjadi dan berfungsi dengan jayanya anda memerlukan laman web.
Ya, anda memerlukan satu laman web anda sendiri dan perlu optimasikan ketiga tiga strategi tadi di dalamnya. Bagaimana caranya?
Sebelum saya terangkan caranya, elok saya senaraikan dulu apa kelebihannya apabila anda memiliki laman web sendiri.
.
Kelebihan Memiliki Laman Web Sendiri
Apabila anda ada laman web sendiri, perkara pertama yang prospek akan nampak ialah…”WOW! Dia ni serius berbisnes!” Betul, kan.
Nampak serius menjalankan bisnes + kredibiliti –
Kalau anda di tempat prospek, mestilah anda nak berurusan dengan peniaga yang betul-betul serius nak berbisnes kan. Secara tak langsung sedikit kredibiliti sudah mula terbina.
Aset bisnes online kawalan penuh –
Yes, laman web adalah aset anda. Tiada siapa yang boleh menghalang anda untuk letakkan apa yang anda suka di laman web anda, tiada siapa yang boleh banned atau block anda dari masuk ke laman web anda.
Tidak seperti Facebook atau sosial media yang lain. Anda memiliki kawalan penuh ke atas laman web anda. Senang cerita, anda boleh buat apa yang anda suka.
Mudah optimasi & integrasi dengan pelbagai software lain –
Ini bahagian yang paling saya suka! Dengan adanya laman web sendiri, anda boleh lakukan banyak perkara apabila anda optimasikan dan integrasikan dengan software yang sesuai.
Kadang-kadang di luar pemikiran anda. Ya, saya serius!
Laman web anda boleh menjadi ‘pot lepak’ seramai mungkin pembaca setia dengan optimasi dan integrasi software yang betul.
Laman web anda boleh jadi tempat rujukan bagi ‘pencari solusi’ dengan optimasi dan integrasi software yang betul.
Laman web anda juga boleh jadi mesin mengumpul sejumlah besar leads yang boleh anda gunakan untuk anda buat profit segera dan jangka masa panjang dengan optimasi dan integrasi software yang betul.
Dan macam-macam lagi yang anda boleh lakukan dengan adanya laman web sendiri.
.
Bagaimana Saya Optimasikan Laman Web Untuk Ketiga-tiga Strategi?
Bagi anda yang belum memiliki laman web, pastinya soalan pertama yang bermain di fikiran anda adalah bagaimana caranya buat laman web anda sendiri?
Jangan risau, saya dalam perancangan untuk hasilkan tutorial step by step cara mudah buat laman web sendiri dalam masa terdekat. Siap nanti saya akan bagitahu anda melalui email.
Tapi, sebelum itu, pastikan anda sudah pun subscribe email saya untuk dapatkan update tips terbaru dari saya, kalau belum, cepat-cepat isi nama & email dalam form di bawah:
Kita teruskan, bagaimana saya optimasikan laman web saya untuk ketiga-tiga strategi?
- Sebelum memulakan pembinaan laman web, saya pastikan hosting yang menjadi tapak laman web saya adalah yang terpantas dan terbaik, saya gunakan WPX Hosting, anda juga boleh baca tips pilih hosting terbaik di sini
- Saya menggunakan platform WordPress untuk membina semua laman web saya kerana WordPress mudah untuk diintegrasi dengan pelbagai software tambahan lain,
- Saya pilih theme & page builder yang sesuai, ringan dan mesra pengguna iaitu OceanWP (theme) dan Elementor (page builder)
- Saya integrasikan software autoresponder email marketing yang saya gunakan iaitu MailerLite kepada WordPress dengan plugin MailerLite Sign Up Form
- Saya hasilkan post baru di dalam WordPress dengan berkongsi info yang sesuai untuk menjayakan content marketing.
- Dengan mudah, saya aktifkan form yang terlibat untuk kumpul leads di post tersebut.
Mudah je sebenarnya, yang membuatkan anda rasa sukar mungkin hanyalah terma, nama software dan sedikit kemahiran teknikal, tetapi semua tu akan saya cover di dalam tutorial bina laman web nanti.
.
Kesimpulan
So, kita dah sampai ke penghujung artikel. Jom saya recap balik secara keseluruhannya.
Untuk memastikan bisnes online anda berkembang pantas dan jangka masa panjang bagi 2019 yang bakal menjelang nanti, ini 4 strategi berkesan yang anda perlu aplikasikan, ianya adalah:
- Strategi content marketing
- Strategi kumpul leads/database
- Strategi email marketing
- Strategi optimasi laman web
Keempat empat strategi boleh dimulakan satu persatu tetapi adalah lebih baik dijalankan serentak kerana masing-masing berkait rapat untuk memastikan ianya berkesan.
Kesannya anda akan dapat lihat:
- Laman web anda akan mula menerima banyak trafik (prospek baru)
- Leads anda meningkat setiap hari/minggu
- Leads anda menjadi lebih responsif (lebih ramai yang respon email anda)
- Lebih mudah hasilkan profit dengan jualan produk dan servis anda
Akhir sekali, tahniah sebab anda berjaya habiskan bacaan sampai penghujung artikel ini.
Saya harap artikel saya yang panjang lebar ini memberi input dan membantu anda dalam merancang strategi bisnes online anda menjelang 2019 nanti.
Apa pendapat anda? Komen di bawah okay, In Sha Allah saya akan reply satu persatu.
6 thoughts on “4 Strategi Berkesan Untuk Kembangkan Bisnes Online (2019)”
Best content, akk buat business spa & gina fb ads. Skrg kos dh tinggi & page like sngt rendah, nak tingkatkn sales thu 2019 dgn brbagai cara ni
Moga bisnes spa Kak Saniah berkembang dengan lebih baik 2019 nanti. Boleh try 4 strategi yang saya share ni kak. 🙂
Terimakasih kerana berkongsi info yg amat bermenafaat ini!! Teruskan perkongsian.. saya amat menantikan perkongsian seterusnya..
Pertanyaan:
Apa kelebihan Mailerlite berbanding Getrespond Vs Emelmatik?
Sama2 Zain Isma. 🙂 Moga dapat idea utk rancang strategi bisnes online nanti.
.
Saya suka soalan ni, saya sendiri dulu guna Getresponse, tapi sekarang dah tukar ke MailerLite. Sebabnya ialah saya perasan yang saya terpaksa bayar lebih. Saya buat test, 1 email yang sama subscribed dalam 2 kempen berbeza – Getresponse kira itu sebagai 2 list (padahal guna 1 email yg sama). Dan Getresponse caj ikut list size (bilangan list).
.
Kita ambil contoh pakej basic Getresponse ($15/bulan – limit hingga 1,000 list), dengan cara kiraan Getresponse tu, 1,000 list tak semestinya 1,000 email yang berlainan, boleh jadi ada email yg sama dalam kempen yang berlainan, rugi kouta list di situ. Jadi saya bayar lebih untuk dapatkan leads email yang sama.
.
Tapi MailerLite kira ikut bilangan unique subscribers. Maksudnya kalau ada 1 email yang sama subscribed ke dalam 2 kempen berbeza, mereka masih kira itu sebagai 1 subsriber. So kita bayar apa yang sepatutnya kita dapat. Dari segi interface MailerLite lebih mudah guna dan user friendly dan lebih laju/ringan.
.
Emelmatik saya tak boleh nak komen sangat sebab saya tak pernah guna, tapi dari apa feedback kawan yg pernah guna, mereka bagitau yang interface style lama, dan timing hantar email selalu tak tepat. Contoh set email nak hantar pukul 9 pagi, tapi email tu sistem hantar pukul 12.30 tghari.
Terima kasih tuan atas perkongsian. Macam mana tuan dengan Aweber vs MailerLite. Saya plan nak langgan autoresponder tapi tak tahu samada Aweber atau MailerLite.
Dari segi email yang dihantar selalu masuk SPAM tak tuan untuk MailerLite?
Sama-sama tuan. Saya sendiri memang guna Mailerlite kerana Mailerlite kira per unik subscriber tuan.
Setakat ini saya guna Mailerlite tiada masalah deliveribility & tiada masalah masuk spam. Malahan bagi saya Mailerlite lebih user friendly berbanding Aweber, Mailchimp dan Getresponse. Saya pernah try kesemua autoresponder ini juga.
Biasanya untuk client saya, saya suggest samada antara Getresponse atau Mailerlite.